Canselor Austria
Canselor Austria

Canselor Austria

Canselor Persekutuan Republik Austria (Bahasa Jerman: Bundeskanzler der Republik Österreich, kadang-kala disingkatkan sebagai Kanzler) ialah ketua pemerintah bagi Republik Austria. Dalam kapasitinya sebagai pengerusi Pemerintah Persekutuan Austria, canselor mewakili pihak berkuasa persekutuan yang tertinggi bagi cabang eksekutif. Walaupun secara rasminya sebagai ahli yang setara di dalam kabinet, canselor dianggap sebagai kedudukan paling berkuasa dalam siasah Austria, dan oleh itu adalah dianggap ketua eksekutif de facto negara. Canselor terkini ialah Sebastian Kurz, yang telah mengangkat sumpah dan dilantik jawatan itu pada 18 Disember 2017.[1]